Kursus Perolehan Kerajaan Tender dan Sebutharga (LANJUTAN)(Sehari) - RM450/Seorang
​
Latihan Proses Pengaktifan Akaun dan Sijil Digital, Sebut Harga + Tender + eBidding
Objektif
Kursus sehari ini akan menyediakan para pembekal/kontraktor untuk menggunakan sistem ePerolehan Baharu secara menyeluruh. Peserta Kursus akan belajar cara menyediakan dokumen tender dan sebutharga secara betul dan menguruskan proses bayaran untuk perolehan kerajaan yang bernilai RM20,000.00 ke atas, Peserta kursus akan dilengkapkan dengan semua pengetahuan yang diperlukan untuk menguruskan perolehan kerajaan melalui Sistem ePerolehan Baharu dengan mudah
Tempoh Kursus : Satu Hari (9.00am - 4.30pm)
Rumusan Kursus
Pengenalan Proses Perolehan Kerajaan
Perolehan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun
Perbezaan Sistem ePerolehan dan Sistem ePerolehan Baharu
Pengaktifan Akaun dan Sijil Digital untuk Sistem ePerolehan Baharu
Memahami cara – cara perolehan kerajaan dalam sistem ePerolehan Baharu
Pengenalan Proses Perolehan Kerajaan bagi Modul Sebut Harga dan Tender
Menyediakan Dokumen Tender/ Sebutharga dengan betul
Belajar mengira anggaran harga Projek
oSebut Harga bernilai RM20,000 ke RM50,000
o Sebut Harga bernilai RM50,000 ke RM500,000
o Tender bernilai RM500,000 ke atas
o Bidaan Atas Talian
Menguruskan Pembayaran Kontrak ( contoh : Kontrak Kawalan Keselamatan, Kontrak Pembersihan, Kontrak Pembekalan Makanan)
Kaedah Pembelajaran
Kuliah secara interaktif antara penceramah dan peserta kursus. Pembentangan secara Power Point. Latihan amali dan perbincangan secara berkumpulan ATAU secara Atas Talian menggunakan Aplikasi ZOOM
Kesesuaian Peserta
Kursus ini sesuai untuk kontraktor yang memiliki Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) dan juga aktif menggunakan Sistem ePerolehan menerima Pesanan Kerajaan, ataupun yang mempunyai kontrak yang sedang berjalan atau kontraktor/pembekal yang biasa menyertai sebut harga dan tender agensi kerajaan. Juga sesuai untuk pembekal yang baru berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan ingin menjadi kontraktor kerajaan. Peserta kursus perlu membawa laptop ataupun peranti mudah alih apabila menghadiri kursus.
PERCUMA
Sesi Ulang Kaji / Tutoring unlimited untuk peserta kursus kami. Sesi ulangkaji boleh diset bila bila masa.
​
​