top of page
Kursus Perolehan Kerajaan Secara Elektronik ASAS  (Sehari ) - RM350.00/Seorang  

 

Latihan Proses Pengaktifan Akaun dan Sijil Digital, Katalog, Pembelian Terus 

 

 

Objektif

​

Sesuai untuk pembekal yang baru nak belajar mengenai perolehan kerajaan. Kursus merangkumi topik berkenaan pendaftaran sistem eperolehan dan sijil digital, cara membuat katalog online dan proses Pembelian Terus iaitu cara transaksi DO & Invois kerajaan melalui sistem ePerolehan bagi projek yang bernilai kurang dari RM20,000.00

​

Tempoh Kursus : 1 hari (9.00am - 4.30pm)

​

Rumusan Kursus

​

Pengenalan Proses Perolehan Kerajaan

Perbezaan Sistem ePerolehan dan Sistem ePerolehan Baharu

Pengaktifan Akaun dan Sijil Digital untuk Sistem ePerolehan Baharu

Mencipta katalog yang menarik

Memahami cara – cara perolehan kerajaan dalam sistem ePerolehan Baharu

o Tambah ke Kart

o Pertanyaan Pembelian

o Pelawaan Tawaran Harga

o Pelawaan Tawaran Harga dengan Penganugerahan

Menguruskan Pembayaran Kontrak ( contoh : Kontrak Kawalan Keselamatan, Kontrak Pembersihan, Kontrak Pembekalan Makanan)

Perolehan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun

 

Kaedah Pembelajaran

 

Kuliah secara interaktif antara penceramah dan peserta kursus. Pembentangan secara Power Point. Latihan amali dan perbincangan secara berkumpulan ATAU secara Atas Talian menggunakan Aplikasi ZOOM

 

Kesesuaian Peserta

​

Kursus ini sesuai untuk kontraktor yang memiliki Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) dan juga aktif menggunakan Sistem ePerolehan menerima Pesanan Kerajaan, ataupun yang mempunyai kontrak yang sedang berjalan atau kontraktor/pembekal yang biasa menyertai sebut harga dan tender agensi kerajaan. Juga sesuai untuk pembekal yang baru berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan ingin menjadi kontraktor kerajaan. Peserta kursus perlu membawa laptop ataupun peranti mudah alih apabila menghadiri kursus.

​

PERCUMA

Sesi Ulang Kaji / Tutoring unlimited untuk peserta kursus kami. Sesi ulangkaji boleh diset bila bila masa. 

​

​

bottom of page